Pada malam Jumaat penuh baroqah ini, disaat ini tepat setahun yang lalu dunia ku bertukar menjadi gelap gulita. Hilang segala keceriaan, harapan, fokus penyeri hidup, kunci pintu syurgaku. Terasa betul2 kehilangan arah & tujuan hidup. Segala punca kebahagiaan hilang tiba2. JIWA TERASA TURUT MATI!
Disaat itu, kalaulah dapat ditukar tempat dengan arwah Ma saya yg teramat saya cintai & sanjungi, saya rela tanpa secalit pun rasa ragu. Jika ada cara utk menebusnya, saya rela kehilangan kesemua yg saya ada. Pedih, perit, keliru, kosong serta rindu yang tiada bernoktah terasa bagai tak tertanggung.
Selama 18+ tahun arwah Ma saya bela bermula seusai pengajian & mula bekerja...dari badannya masih kuat hinggalah uzur dimamah usia, saya tidak pernah jemu cuba membahagiakan & merawatnya. Pelbagai pengalaman keluar-masuk hospital kami lalui bersama. Lelahnya tidak pernah dirasakan kerana kasih sayang abadi pada seorang ibu.
Ma langsung tidak cerewet. Apa saja yang dihidangkan, itulah yang dia nikmati tanpa merungut. Ma tidak pernah meminta apa2, waima sehelai kain batik sekalipun. Dia begitu mudah untuk disayangi & dijaga. She adored me as much I adored her. Her love was totally honest & unconditional. Her selflessness extended beyond family members. Dia akan dulukan orang lain, tidak pernah kisah kalau tiada bahagiannya yang tinggal. She also loved cats & other animals.
She didn’t have much but she had the courage, pure determination, dedication. Most importantly her love for me was unconditional. Although raising me up as a single mother wasn’t a walk in the park, she had never once complained. All my wishes were fulfilled, regardless. It was overwhelming which I truly enjoyed, recripocated & cherished till the end.
Musibah kehilangan my dearest Queen I fondly called ‘Ma’ yg saya alami telah tertulis di Luh Mahfuz & tiada apa yg dapat mengubahnya waima sesaat pun. Itu kehendak & ketentuanNya ...saya sedari & saya redha. Allahuakhbar!
Saya mohon anda semua sedekahkan Al-Fatihah utk Ma di sana.
Ma, Awang rindukan Ma sangat2 💚💚💚
اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ۞ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُا وَارْحَمْهُا وَعَافِهِا وَاعْفُ عَنْهُا ۞
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ ۞
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِالرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ.. آمِّين